~ ape ape jela cik misi oii...~

20 March, 2011

RESEPI : lempeng mudah cicah sambal tumis sardin

Assalamualaikum

Lame jugak tak update blog kan.sesekali update ape salahnye cakap pasal resepi pulak.pagi tadi baru aku terpikir masak lempeng sebab kat umah takde lauk nak masak,kecuali sardin.so serta merta idea nak buat lempeng tu muncul.senang je nak buat.meh kite cekidaut camne nak buat lempeng ye cik senah.....

bahan-bahan untuk lempeng:

1 cawan tepung gandum
1 cawan air
1 sudu besar gula
1 sudu kecik garam
1 bijik telur

bahan2 kat atas ni masuk dalam blender pastu blend je.then agak2 je adunan dia tak terlalu pekat,tak terlalu cair.pepandai la adjust.kalo nak manis lagi,tambah la gula.aku suka manis2 buah je sebab kalau manis sangat nanti nak cicah ngan kuah sardin dah tak best.

pastu panaskan kuali.letak minyak dalam 1 sudu kecik,ratakan.tuang 2 senduk adunan tu dalam kuali panas pastu goyangkan kuali bagi adunan tu leper dan bulat.kalo tebal tak best.ok

guna api kecik je nak bagi lempeng masak pastu agak2 jela kalo dah masak,then angkat letak dalam pinggan.ulang lagi langkah di atas sampai adunan tu abes.

bahan2 untuk sambal tumis sardin pulak:

1 tin sardin tin kecik
5 tangkai cili kering
2 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
garam,gula secukup rasa
1 keping asam keping (cam pelik je bunyik)

cili kering,bawang putih,bawang merah tu blend sampai sebati.aku suka goreng dulu ikan sardin tu bagi hilang bau and kalo goreng dulu,rasa dia sedap sikit.(bagi aku la)

panaskan kuali,letak minyak agak2 dalam 3 sudu besar,then tumis cili yang dah blend.bila dah pecah minyak,masuk asam kepng ngan perasa.ikot sedap lidah la ye.akhir skali baru masuk ikan sardin ngan kuahnye.tambah air skit kalo nak.masak la dalam 5 minit lagi.



dan inilah hasilnya.............


inilah rupa lempeng tersebut


senang je kan?sedap pulak tu dan mengenyangkan.tak caye try la....syahdu wa cakap lu..makan plak time hujan2....yummy!




p/s - sebenarnye gambar aku amik dari google sebab lempeng aku sebijik jadi camtu beb.haha (cakap jela kaw takde kemera.lol )

11 March, 2011

tsunami

Assalamualaikum

Dah lame bebeno rasenye teman idok menengok berite.udoh macam loser tak tahu perkembang terkini juge semase.(cakap perak/peghok).Padahei hari2 mengadap mukabuku boleh pulok ye.apekeheii...

OK.udah2 le cakap peghok...tahu le rindu kampung halaman.(padahal kat kampung loghat kedah-peliks)

Nak dijadikan cerita,selepas balik dari kelas petang tadi,aku tengok satu video.Tsunami di jepun.8.9 skala ritcher.ape tak tsunami kat indon dulu pun just 7 skala lebih aje.so that means kali ni lagi dasyat la??

Bila tengok video tu,aku ingat air sungai hanyutkan sampah sarap je.Rupa2nya bila perhati dekat2,barula perasan benda yang dihanyutkan tu adalah kereta2,lori2 dan bot2.dan sama skali bukan air sungai.cuba bayangkan kalo yang dihanyutkan tu adalah manusia,selambe je sekali harung.Nauzubillah...........

Aku sebenarnya takut ni.bohongla siapa yang tak takut bila tengok video serupa tu.rasa nak bertaubat sekarang jugak.(abes dah tahu nak taubat,taubat la sekarang...takkan nak tunggu tsunami datang malaysia pulak?)-kataku pada diri sendiri.

Teringat family kat kampung.mesti mereka risaukan aku jugak sebab aku je yang paling jauh.harap2 selepas ni tak ada lagi bencana tu menimpa.aku doakan rakyat negara jepun selamat dan aku doakan keselamatan semua orang jugak.


"Segala puji bagi Allah yang menyelamatkan aku dari apa yang ia memberi percubaan dengan sesuatu dan ia mengutamakan aku dari banyaknya makhluk".--doa tolak bala.Aminnn...