~ ape ape jela cik misi oii...~

11 March, 2011

tsunami

Assalamualaikum

Dah lame bebeno rasenye teman idok menengok berite.udoh macam loser tak tahu perkembang terkini juge semase.(cakap perak/peghok).Padahei hari2 mengadap mukabuku boleh pulok ye.apekeheii...

OK.udah2 le cakap peghok...tahu le rindu kampung halaman.(padahal kat kampung loghat kedah-peliks)

Nak dijadikan cerita,selepas balik dari kelas petang tadi,aku tengok satu video.Tsunami di jepun.8.9 skala ritcher.ape tak tsunami kat indon dulu pun just 7 skala lebih aje.so that means kali ni lagi dasyat la??

Bila tengok video tu,aku ingat air sungai hanyutkan sampah sarap je.Rupa2nya bila perhati dekat2,barula perasan benda yang dihanyutkan tu adalah kereta2,lori2 dan bot2.dan sama skali bukan air sungai.cuba bayangkan kalo yang dihanyutkan tu adalah manusia,selambe je sekali harung.Nauzubillah...........

Aku sebenarnya takut ni.bohongla siapa yang tak takut bila tengok video serupa tu.rasa nak bertaubat sekarang jugak.(abes dah tahu nak taubat,taubat la sekarang...takkan nak tunggu tsunami datang malaysia pulak?)-kataku pada diri sendiri.

Teringat family kat kampung.mesti mereka risaukan aku jugak sebab aku je yang paling jauh.harap2 selepas ni tak ada lagi bencana tu menimpa.aku doakan rakyat negara jepun selamat dan aku doakan keselamatan semua orang jugak.


"Segala puji bagi Allah yang menyelamatkan aku dari apa yang ia memberi percubaan dengan sesuatu dan ia mengutamakan aku dari banyaknya makhluk".--doa tolak bala.Aminnn...

No comments:

Post a Comment